Sekarang banyak lagu yang dikaitkan dengan kehidupan seseorang terutamanya mereka yang hidup bersendirian . . adakah kehidupan bersendirian ini merupakan satu gurauan ?? . . Adakah setiap insan di dunia ini perlu mencari teman ??
Bayangkan jika seseorang itu merupakan anak tunggal dalam keluarga, jika dia memang telah biasa bersendiri . . baginya cukup jika hanya ditemani dengan laptop dan buku . . adakah ianya satu gurauan ?? atau perlukah kita mengasihaninya ?? Pertanyaan yang simple, tapi sukar untuk kita jelaskan jawapannya . .
Namun, jika mereka yang suka bersendiri itu telah menjumpai seseorang teman yang boleh dianggap rapat , dan sentiasa menyangka yang dirinya itu sebenarnya tidak diperlukan pun oleh temannya itu adakah dia patut kembali menyendiri ?? Sekali lagi, soalan yang sukar untuk dijelaskan menghantui minda . .
Namun, adakah keputusan untuk cuba menjauhkan diri dari temannya itu merupakan satu keputusan yang tepat ? ?, Mungkin ya, mengapa ??? Kerana sebelum ini dia telah biasa bersendiri dan jika dia bersendiri sekali lagi pasti mudah untuknya . .
Tapi, bagaimana cara untuk dia melakukannya . . adakah dengan memberitahu sahabatnya itu ; " Maaf, dari dulu hingga kini aku sentiasa bersendiri , Aku rasa aku selalu menyusahkan kau , jadi kita buatlah hal masing-masing ok, kau ikut jalan kau , aku ikut jalan aku ", rasanya betul ke kuputusan ni ?? . . Tidak, ini hanya akan mengeruhkan keadaan . .
Namun, sebenarnya dirinya telah merasa sepi dan sunyi sekali lagi . . kawan yang dulu dikenali dengan sikap yang ceria, sentiasa menemaninya, memberikan pendapat kepadanya , kini telah hilang . . Rasanya tak salah jika dia meluahkan isi hatinya , atau sebaiknya dia hanya membiarkan sahaja hal itu berlaku , jika kawan yang dulu muncul kembali, maka itu adalah satu kegembiraan yang amat diharapkan .. Namun, jika keadaan terus begini, maka dia akan redha menerima suratan takdir, Bersendirian bukan beerti tak berteman langsung, tapi bersendirian bererti hidup sendiri tanpa perlu ditemani . . Kebahagianmu akan menjadi kebahagian bagi diriku ..

