Dari dulu hingga kini aku sentiasa bersendirian, bukannya aku tidak berteman tapi cara pergaulan dengan mereka sangat-sangat terhad . . Namun kini aku mempunyai seorang sahabat, seorang sahabta yang aku percaya akan menemaniku di saat aku senang dan duka.. .
Kemana sahaja kami pergi, kami sentiasa bersama, ke kelas, makan, minum, berjala-jalan semuanya kami lakukan bersama. Walupun pada mulanya berlaku sedikit kesalahfahaman kerana faktor perbezaan dalam percakapan namun semakin lama, ianya menjadi gurauan bagi kami. Ketiadaannya membuat aku sunyi, kehadirannya memberikan aku kegembiraan dan ke senangan .
Semua tentangnya ku ceritakan kepada keluargaku , yang berada nun jauh di Sabah . .
Dia sanggup menmaiku di asrama ini, walupun dia tahu bahawa masa ini cuti, namun dia tidak balik ke rumahnya walaupun dah berkali-kali aku menyuruh pergi. Dia kat rumahnya dekat sahja, bila-bila masa dia boleh balik, dia juga kata dia ingin barsama aku dan kesihankan aku . .
Walaupun baru mengenalinya selama hampir 3 bulan, tapi aku rasa telah lama mengenalinya. . Walaubagaimanapun, kehadiran si dia disamping nya membuatkan aku rasa risau, kerana si dia pernah menyakitkan nya,. . namun, dari pandangan mata rakanku itu aku tahu dia bahagia besama nya, cuma kadang-kala jika mereka berselisih faham perkara itu akan berlaku. .
Sebenarnya aku hanya merisaukan akan keselamatan nya. . Tetapi, aku tahu bahawa dia tidak ingin aku mencampuri urusannya, dan aku kini semakin mengelakkan diri jika dia bersama lelaki itu. . Aku telah memberitahunya agar berhati-hati dan sekiranya dia mempunyai masalah dengan kekasih hatinya itu, aku sentiasa ada di samping nya untuk menemani . . andai saja kau tahu yang aku sangat mengkhuatiri keselamtan mu dan sentiasa berdoa demi keselamatanmu . . Adakah kau akan kembali menjadi kawan baikku seperti sebelum ini ??, adakah aku akan bertemu dengan kau kembali ?? , Kau yang aku inginkan adalah kau yang dahulu , yang sentiasa bersama aku . . Aku rindukan persahabatan kita, aku rindukan keriangan dan masa yang kau luangkan bersamaku , akau rindukan sahabat ku, aku rindukan temanku . . .

Sabat dan teman merupakan orang yang sentiasa ada bersama kita di saat suka mahupun duka, tapi dia yang bergelar kawan merupakan seseorang yang senantiasa pergi meninggalkan kita, sperti sekawan haiwn yang tak tahu menghargai kawan-kawan nya yang berada di sekeliling. .
ReplyDelete