Sunday, 4 November 2012

Sabah ke Kelantan

Perjalanan ku Kelantan hanya mengambil masa selama 6 jam , tetapi sebenarnya perjalanan ku ke sana mengambil masa selama 11 tahun. .  Aku hanya dapat menaiki kapal terbang dan dapat menjejakkan kaki ke Kelantan ini hanya setelah aku bergelar mahasiswa . Kedatangan ku ke Kelantan hanya bersendirian, tanpa ditemani oleh sesiapa.
Macam-macam yang aku fikirkan, adakah aku akan bertemu dengan rakan-rakanku dari Sabah ? , adakah benar yang aku mendapat tawaran atau hanya satu permainan dari kawan-kawanku ?, adakah benar pihak Universiti telaha menerima aku sebagai mahasisiwa mereka ?, semua itu menjadi persoalan di sepanjang perjalanan ku ke sana .

Setibanya di Kelantan pada pukul 7.30 p.m, aku disambut oleh fasilitator kami, yang merupakan pelajar-pelajar senior di universiti yang bakal ku jejaki. Dari lapngan terbang , aku dibawa terus ke kolej kediaman yang merupakan asrama Universiti. Melangkah masuk membuat diri berasa bangga dan dadaku berasa lapang kerana segala persoalanku tadi telah terjawab.
Aku terus berjumpa dengan penyelia asrama, dia meminta ku untuk bermalam di bilik tumpangan sementara pelaja-pelajar dari Sabah dan Sarawak. Di bilik ground floor, blok 6 aku bertemu dengan rakan-rakan borneo ku. 2 orang dari Sabah dan seorang dari Sarawak, namun 2 daripada mereka terpaksa pergi ke Jeli, kerana kampus mereka terletak di Jeli.

Tepat pukul 6.30 pagi, aku dan Ameydia telah bersiap ingin mendaftar bilik dengan rasminya. Apabila kami keluar, tiada seorang pun berada di luar, kami berdua tertawa kerana kami nampak terlalu bersemangat. Lalu, kami memutuskan untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum mendaftar. Namun, setibanya kami kembali di kolej kediaman tersebut, telah beratus orang datang berbaris, pelajar-pelajar lain dari semenanjung telah tiba, suasana menjadi sesak, namun aku bersyukur kerana aku dan Ameydia sebilik. Bilik kami terletak di blok 7, dan keletihan tidak akan terasa sangat kerana kami hanya di tingkat 1. setelah selesai mendaftar kami pun keluar untuk membeli sedikit keperluan. Hati ini semakin lapang apabila salah seorang daripada rakan sebilik yang baru juga berasal dari daerah yang sama dengan ku.

Itu adalah kekalutan aku yang pertama semasa aku tiba di Kota Bharu Kelantan ini. . ;)

1 comment:

  1. Mungkin dah ramai yang mempunyai pengalaman yang sama, tapi yang pastinya semua orang berbeza. . Namun tak salah jika ianya dikongsi bersama, kerana akan memberikan menggambarkan pengalaman kepada sesiapa yang baru nak menjalaninya . .

    ReplyDelete