Kadangkala dari awal lagi kita tahu akan hakikat kenyataan yang sebenar, namun kita cuba untuk menafikannya , alasannya cuma satu iaitu kita tidak mahu hati kita terluka. . Namun, sepahit mana pun hempadu tetap terpaksa ditelan jika keaadaan telah memaksa.
Kenyataan sebenar dari bibir insan yang bergelar teman amat pahit apabila ianya berkaitan dengan diri kita sendiri . Teman adalah mereka yang sanggup bersama kita di saat suka duka, di saat tawa dan gembira . . Apabila diri ini merupakan masalah bagi teman sekeliling amat sukar untuk kita memutuskan apa yang hendak kita lakukan . Bila diri ini menjadi perantara antara dirinya dan si dia dan bila diri ini merupakan bebanan yang terpaksa di tanggungnya . Kenyataan pahit yang muncul tanpa diungkap merupakan satu keadaan genting yang terpaksa kita tempuh walaupun sukar untuk ditelan. .
Sahabatku, andai sahaja kau tahu betapa bermaknanya dirimu terhadapku . . andai saja kau tahu betapa sayangnya aku kepadamu . . dan andai sahaja kau tahu betapa runsingnya hati ini di saat memikirkan keadaan mu . . Sahabat, engkau sentiasa bersama ku walaupun hakikatnya kau rasa ketakutan ketika melalui jalan itu bersamaku . . Terima kasih ku ucapkan atas pengorbanan mu . . Duhai sahabat, ketiadaan mu memberikanku keresahannya, dan kehadiranmu umpama pelangi yang menyinar hidupku . . Malam ku berlalu pergi tanpa mu, seperti ada seuatu yang tinggalkan . .
Namun, fahamilah pemergianku dari sisimu kelak adalah demi kebahagian dan kesenangan hidupmu . . Maafkan diri ini andai aku menjadi beban, maafkan aku jika aku mengundang kemudaratan . .
Keikhlasanku dalam bersahabat denganmu adalah telus dan kau harus mengetahui itu . . Kemurungan mu , kesedihan mu, dan aliran air matamu membuatkan aku menjadi insan yang yang lemah . .
No comments:
Post a Comment